Search

Siapa yang tengah melalui fasa anak suka 'melekat'...

  • Share this:

Siapa yang tengah melalui fasa anak suka 'melekat' ini harap banyakkan bersabar ya.

Bayi yang masih kecil hanya tahu apa yang dia alami secara langsung. Baginya, sesuatu benda yang tidak kelihatan adalah tidak wujud. Anda tidak lagi wujud apabila dia tidak dapat melihat anda, jadi dia serta merta merindui anda.

Hakikatnya, bayi yang masih terlalu kecil mungkin fikir adalah andalah orang baru setiap kali dia melihat anda.

Kita tahu bahawa bayi yang masih kecil suka melihat banyak refleksi ibu mereka. Satu sudah cukup bagus, 10 pula sangat menakjubkan!

Tetapi ketika usianya kira-kira enam bulan, bayi akan mendapati refleksi ibu yang terlalu banyak merunsingkannya, lalu menangis. Hanya apabila dia tahu bahawa anda berbeza daripada orang lain barulah dia boleh mula merindui anda.

Pada usianya kira-kira lapan bulan, bayi anda mula faham bahawa anda adalah unik dan dia mungkin mula rasa takut pada orang lain. Ini merupakan kesedaran baginya bahawa orang yang berada di sampingnya bukan anda.

Menjelang usianya 12 bulan, bayi anda akan mula mengalami keresahan pemisahan (separation anxiety).

Untuk pertama kalinya, dia mula faham bahawa anda boleh pergi meninggalkannya dan dia akan rasa kehilangan. Ini adalah menakutkan bagi seorang bayi.

Anda boleh membantu anak dengan membuat perkara-perkara yang boleh dijangkakan dan mengurangkan keresahannya seperti melambai dan mengucapkan babai apabila anda bergerak pergi.

Sekurang-kurangnya, dengan cara ini dia tidak akan terkejut apabila anda tiba-tiba tiada di sisinya.

Setelah anda mengucapkan selamat tinggal, terus bergerak pergi. Jika anda berlegar-legar di situ lebih lama, ini akan membuatkan dia bertambah resah. Jangan lupa tinggalkan sesuatu yang biasa dilihatnya supaya dia boleh menggunakan benda itu sebagai penenang, contohnya beruang teddy, selimut atau puting kosong.

Anda juga boleh membantu bayi anda menangani situasi ini dengan bermain permainan seperti cak-cak dengannya.

Cuba sembunyikan muka anda di sebalik tangan (atau kerusi) dan keluar semula sambil menyebut “cak!”. Ini dapat membantu meyakinkannya bahawa anda boleh hilang dan muncul semula.

Secara umumnya, sebelum bayi anda mencecah usia dua tahun, dia akan melekat saja pada anda dan tidak mahu berpisah, jadi bersiap sedialah. Ada ketikanya dia nampak okay, tetapi kemudian kembali melekat.

Yakinlah bahawa bayi anda akan belajar menangani situasi di mana anda tiada di sisinya.

Ini akan berlaku dengan lebih mudah jika anda tenang, menunjukkan keyakinan dan kasih sayang ketika mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

Buat papa mama yg nak ilmu kehamilan - kelahiran - berpantang - mendidik anak2 & penyusuan susu ibu boleh klik link ini utk dptkannya ya : ebook.9bulan10hari.com 😍


Tags:

About author
not provided
Content yang unik dikompilasi khas daripada ramai pakar untuk menjadikan pengalaman wanita hamil, melahirkan yakin dengan ilmu sahih dari 9bulan10hari !
View all posts